.

.

kata-kata ♡

Dlm bahagia Allah menyisipkan duka.
Agar kita tahu ada hikmah disebalik sekaan air mata.
Dlm harap Allah menyisipkan resah.
Agar kita sedar utk mngiringi doa dgn penuh pasrah.
Dlm juang pun Allah meletakkan lelah.
Agar kita ingat betapa mahalnya istiqamah.
Tiada Allah ciptakan ssuatu dgn sia2.
..................................

Tak smestinya kita tak mention nama dia kita tak sayangkan dia.
Kadang² kita tak suka menunjuk hubungan kita.
Cukuplah allah jea yang tau dan tak semestinya tak update apa apa pasal dia kita tak cinta dia.
Silent is better.
Allah tahu sgalany ♥♥
....................................




5 gangguan syaitan dalam SOLAT.


1. Was- Was Semasa Takbiratul Ihram
start baca takbiratul ihram “Allahu Akbar” , kita rasa was-was adakah takbir yang dilakukan itu sah atau belum sah. smpai kita takbir berulang-ulang kali. ada yang terus ulang, sampai imam hampir rukuk(solat jemaah).
 Ibnul Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak menggangu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwudhu) dan niat atau semasa takbiratul ihram dalam solat”.
2. Tidak Khusyuk Ketika Membaca Bacaan Dalam Solat
Sahabat Rasulullah SAW Iaitu Uthman bin Abil Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu,
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah”. Rasulullah SAW menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku”. (HR. Muslim)
3. Lupa Jumlah Rakaat yang dilakukan
Abu Hurairah r.a berkata,
“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, “Jika salahseorang dari kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu be-rapa rakaat yang ia telah lakukan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) semasa masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam”. (HR Bukhari dan Muslim)
4. Fikiran Terganggu
Abu Hurairah r.a berkata,
“Rasulullah SAW bersabda, “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari sambil terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muazin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamah dikumandangkan ia berlari. Apabila telah selesai iqamah, dia kem-bali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadan-ya, ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat! Sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia solat”. (HR Bukhari)
5. Tergesa-Gesa Untuk Menyelesaikan Solat
Ibnul Qayyim berkata, “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datangnya dari syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah, yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.” apabila solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya asal boleh. 
Asal boleh bersolat, asal selesai dan asal jadi. Tidak ada ketenangan atau tukmaninah. Pada zaman Rasulullah SAW ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya untuk mengulanginya lagi kerana solat yang telah ia kerjakan belum sah.
Rasulullah SAW bersabda kepadanya
“Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah dari Al-Qur‟an yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk, lalu bangkitlah dari rukuk sampai kamu tegak berdiri, kemudian sujud-lah sampai kamu benar-benar sujud dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu”. (HR Bukhari dan Muslim)


im LOSER~


mna keyakinan aku p ni. huwaa. 
sediy lak bila kenang diri seniri cmni.
asyik org kena/mainkan ku jaa.
tp aku. aku mmg cmni dr kecik.
hmm


good night ♥


stars light stars bright,
you are the only star i see tonight..
i wish i might be there guarding your dreams tonight.. ♡
#gudnite #sweetdream ♥

Teknik pernafasan untuk hilangkan sakit kepala


Terapi Pernafasan Untuk Sakit Kepala Dan Keletihan adalah jalan penyelesaian kepada kita yang sering dibelenggu masalah stress.Terapi ini amat mudah dilakukan.
1.  Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?
2.  Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).
3.  Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh .
4.  Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .
5.  Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .
6.  Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak.
Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.
Selamat mencuba…

pesanan untuk hati.


 
pesan pada hati. 
tak semua orang sukakan kita.
tak semua orang ikhlas thadap kita 
dan
tak semua orang jujur dengan kita.
manusia kan sentiasa berubah.

Gadis Betudung Dipeluk Retis K-pop

wow. sakan mek-mek tu seronok dipeluk.
serah diri dipeluk kot.
dicium bgai suami isteri pun boley.
tapi kenapa yg dipeluk/dicium tu 'betudung'.
alahai~
1 dunia kot tgk. 
sebab 'betudung'..
dh betudung tu org dh ley nmpk yg tu org islam.
tak ke org akan pndang serong ngn agama kita?
tp jgn hina mereka sbb mereka pun manusia.
manusia kan taley elak dari lakukan kesilapan.
dh nma pun fanatik kpop,bla dpt cmtu automatik x ingat apa yg dilarang.
doa jea supaya family/sedaramara kita xbuat benda cmtu.
yg tu kita nmpk. yg kita x nmpk?
myb tu pengajaran utk kita semua.
supaya kita sma-sma beringat kpd ALLAH.
dosa org kita nmpk. dosa kita? kita ngn ALLAH jea yg tau.
so,sama-samala kita beringat. 
tayah kata kt org. jadikan mereka2 tu sbg pengajaran kita utk didik anak2 kita. 
takut kata kt org nnt kena kt anak kita seniri susah lak. hee.
‪#‎muhasabahdiri‬ ‪#‎maapkalauadaygtesilapkata‬

p/s : jangan kata kt orang. tu jea yg kita kna ingat.
sebab skrg ALLAH byar cash. apa yg kita kata kt org.
ALLAH akan balas blik kt kita. 
tak kena kt kita,takut kna kt family kita jea laa.

ku pun bru tejebak ngn K-pop bila tgk Running Man. :P

jenjalan sampai lenguh kaki

ehek. 
tadak menda pun. juz nk update sai arini. 
arini km sekeluarga g jenjalan roadwalk kt bagan,pacific dan mydin.
saja jenjalan mkan-mkan angin.
esok an sekola. tak dapatla nk jenjalan sgt.
selamat kembali ke sekolah yea adik-adik. :)
dan kpd kakakku kembali ke sekolah gak yea.
tapi sebagai seorang pendidik laa.:)
 
 time to selfie. welfie. :P


 syok dapat kuaq jenjalan arini tapi.
kepala pening amat! ngn senggugut lagi.
*org pompoan jea yg tau betapa sakitnya kalau senggugut.
tapi ku gagahkan diri gak. dr dok umah kebosanan~ :D

ok sekian~ haha :P
 
 

Awas! Jangan Letak Laptop atas Riba.


Meletakkan komputer riba di atas riba ataupun di bahagian perut memang sudah menjadi satu tabiat bagi ramai pengguna laptop ini. 
Tahukah anda, ini boleh menyebabkan kulit menjadi seakan-akan roti yang dibakar. Ini disebabkan oleh haba yang keluar dari bawah komputer riba tersebut. Ianya berlaku tanpa disedari oleh pengguna, dan dipanggil sebagai Toast Skin Syndrome.
Sebaik-baiknnya, gunakan laptop cooler sebagai pelapik kalau anda tetap mahu letak di atas riba. Semoga gambar-gambar yang kami kongsikan harini menjadi iktibar kepada anda sebelum terlambat!
**Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah sampai 52 darjah Celcius tau!
Kesan Untuk Lelaki
Walaupun makin banyak teknologi yang di cipta bagi mengganti laptop seperti iPad dan lambakkan berbagai jenis smartphone, penggunaan laptop tetap menjadi pilihan sebahagian besar penghuni dunia.Penggunaannya yang sangat ‘mobile’ merupakan faktor yang mendorong ramai memilikinya bagi menggantikan ‘desktop’.
Malangnya laptop ini sebenarnya mendatangkan sedikit masalah kepada kaum lelaki. 
Menurut sumber yang diperolehi di jurnal Fertility and Sterility, Universiti Kebangsaan New York, Yelim Sheynkin:
Satu kajian telah dibuat ke atas 29 pengguna laptop yang menggunakannya dengan meletakkan laptop tersebut di atas riba (dalam keadaan duduk) mendapati skrotum mereka telah memanas dengan cepat.
Dalam 10-15 minit yang pertama, suhu pada skrotum mereka telah meningkat naik, dan yang malangnya pengguna tersebut tidak dapat merasakannya. 
Perkara ini amat merunsingkan.

Apakah itu skrotum?

Skrotum adalah organ atau bahagian lelaki yang terletak di belakang zakar. Skrotum ini adalah sarung bekas yang mengandungi testiskel, salur darah dan saraf sperma.

Walaupun tiada bukti kukuh yang mengesahkan laptop ini akan menggugat kesuburan lelaki, tetapi dalam kajian awal telah menunjukkan bahawa pemanasan skrotum walaupun melebihi 1 darjah Celsius sudah cukup untuk merosakkan kualiti sperma.
Dalam ujian yang dijalankan, sekiranya kita meletakkan laptop ini di atas peha, pastinya lutut perlu dirapatkan dan selepas penggunaan selama sejam, suhu skrotum didapati telah meningkat naik kepada 2.5 darjah Celsius. Penggunaan ‘pad’ ataupun bantal di bawah laptop bagi tujuan penyejukan juga tidak membantu untuk menurunkan suhu panas ini.
Oleh itu, bagi semua pengguna laptop lelaki adalah dinasihatkan untuk mengelakkan penggunaan laptop di atas riba dan gunakanlah meja. 
Sekurang-kurangnya kita bertindak mencegah risiko masalah kesuburanpada diri kita dan makanlah makanan yang sihat serta bersenamlah selalu.
p/s : Elakkan letakkan laptop di atas RIBA tauuu. BAHAYA!

Kesan Penggunaan Laptop tanpa Bateri


 
Pendapat mengenai penggunakan laptop sambil mengecas bateri membuatkan jangka hayat bateri menjadi pendek dan merosakkan bateri tidak kami dapat sangkal lagi kebenaran memang ada.
Tetapi, tahukah anda sebenarnya menggunakan laptop secara langsung tanpa menggunakan bateri berpotensi untuk merosakkan komponen-komponen tertentu di dalam laptop.

 Hal ini disebabkan oleh arus elektrik akan menuju secara langsung ke hardware tanpa melakukan penyesuaian tenaga sehingga kompenan hardware laptop anda menerima tegangan elektrik yang
berlebihan dan mempercepat kerosakan. Selain menyimpan daya, bateri juga sebenarnya bertindak menyesuaikan arus yang masuk ke komponen-komponen laptop agar tidak terlalu tinggi.
Lebih-lebih lagi jika terjadi litar pintas dan arus elektrik yang tidak stabil, ia tentunya sangat membahayakan motherboard dan hardisk laptop anda. 
Adalah lebih baik bateri laptop yang mengalami kerosakan daripada motherboard ataupun hardisk yang harganya lebih mahal dibandingkan dengan bateri yang secara puratanya mampu bertahan antara dalam jangka hayat 2-3 tahun.

 p/s : ni lah jadinya kalau tak dgq ckap.

Tanda-tanda Awal "Kanser Whatsapp"


Tanda-tanda Awal "Kanser WhatsApp"
1. Rasa sengal di hujung jari
2. Kurang minat bercakap
3. Menaip dengan pantas
4. Bateri cepat "kong"
5. H/P sentiasa di tangan
6. Senyum sendiri



Tahap Kritikal yang Memungkinkan Kematian
1. BerWhatsApp sambil berjalan hingga terjerumus ke dalam longkang
2. BerWhatsApp di pasar raya sampai terlanggar bini/awek/balak orang
3. BerWhatsApp sampai terlanggar cermin pasar raya atau stesen minyak
4. BerWhatsApp sampai lupa api di dapur sedang bernyala
5. BerWhatsApp sampai tidak sedar penyamun berada di sisi

Perkara Penting Sebelum TIDUR

Note To Self :
" Before going to SLEEP every night FORGIVE everyone
&
sleep with a CLEAN HEART "



Rahsia untuk kurus.

Hai. angpa mesti nk tau kan apa rahsianya?
okey ni dia.
Hidu Aroma Buah Sebelum Makan.
Sounds impossible but it works! 
Khas untuk angpa yang ingin kurus, kami senaraikan beberapa makanan yang perlu 
angpa hidu untuk membantu angpa mengurangkan berat badan secara effortless!
  1. Epal Hijau, Oren dan Pisang
  • Smell & Taste Treatment and Research Foundation telah mengeluarkan keputusan kajian mereka dengan mendakwa mereka yang gemuk dan menghidu bau oren, pisang dan epal ketika lapar dapat mengurangkan berat badan lebih banyak daripada mereka yang tidak menghidu langsung aroma buah-buahan tersebut. 
  • Bau manis semulajadi yang dikeluarkan oleh buah tersebut dapat mengawal selera makan angpa. 
  • Selain daripada itu, bau vanila dan pepermin juga membawa fungsi yang sama.
2. Minyak Zaitun
  •  Kajian daripada German Research Center for Food Chemistry, menunjukkan sekiranya angpa menghidu minyak zaitun, angpa akan terasa kenyang. 
  • Apa yang menarik mengenai minyak zaitun ini, apabila angpa mencampurkannya dengan makanan lain untuk dimakan, ia dapat mengurangkan kalori makanan tersebut secara automatik! 
  • Ia juga kaya dengan MUFAs atau lemak sihat yang membantu memecahkan lemak pada perut.
 3. Bawang Putih 
  • Menurut kajian di dalam Jurnal Flavour, aroma makanan yang kuat mengecilkan portion suapan. 
  • Bau bawang putih yang kuat mampu membantu angpa mengurangkan selera untuk makan berlebihan. 
So,semua dh tau rahsianya? Jomla kita amal-amalkan selalu.
Hidu then kita ngap! haha :)  



senyum. peace (>_<)v


Senyum dalam kesedihan adalah suatu KETABAHAN ..
Gembira dalam keredhaan adalah suatu KETENANGAN ..
Menangis dalam kepayahan adalah suatu KESABARAN ..
Menyukuri pemberian ALLAH adalah suatu nikmat KEBAHAGIAAN .. 
” SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”.
Senyum dalam kesedihan adalah suatu ketabahan, Menangis dalam kepayahan adalah suatu kesabaran, Gembira dalam keredhaan adalah suatu ketenangan, Mensyukuri pemberian ALLAH adalah suatu nikmat kebahagiaan... Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

sebelum tidur.



Dalam kehidupan kita ada dua saja jalan.
jalan ke arah kebaikan dan jalan ke arah keburukan.
so pilihlah jalan yang pastinya membawa ke syurga.
bukan syurga dunia. tetapi syurga akhirat yang kekal selamanya.






*grr~ memalam mst line cm ^&*%$#. 4tahun tggu gmbr loading~ T_T
okeyla. selamat malam. insyaALLAH sok beblogging lagi. :)


cara nak TITLE BLOG bergerak.

Macam mana nak buat title blog anda bergerak macam ni ???


okay,jawapannya : MUDAH SAJA

 klik design - klik layout - klik add gadget - klik HTML/JAVASCRIPT - copy/paste CODE
copy CODE ni *


<script language=javascript>


msg = "Title Blog Anda";

msg = "..." + msg;pos = 0;
function scrollMSG() {
document.title = msg.substring(pos, msg.length) + msg.substring(0, pos);
pos++;
if (pos > msg.length) pos = 0
window.setTimeout("scrollMSG()",200);
}
scrollMSG();
</script>



p/s : "sila tulis title blog anda " :)))

SAVE dan lihat HASILNYA.


rahsia nk kunci blog dari org copy/paste gambar/ayat dari blog. (right-click blog)

ni dia rahsianya.
actually,aku pun bru jea jumpa menda alah ni td.
mesti org yg baru wt blog cm aku tetanya-tanya gak an cmna nk wt menda ni.
ok. sini aku share ngn angpa cara2nya.
 klik design - klik layout - klik add gadget - klik HTML/JAVASCRIPT - klik Link kt bwah ni
  

dh klik link tu,angpa COPY jea kod yang dia bagi tu.
p/s : jangan copy titik-titik yang kat atas skali n bwah dia tu plak taw.
contoh : <script language=javascript>
just copy dr contoh tu smpai abeh. pastu paste kt ruangan dalam HTML/JAVASCRIPT tu.
pastu nnt ada ayat  hak cipta terpelihara..sorry sorry and sorry
angpa tukarla nk buh ayat pa pun. ikut angpa la. hee :)
then SAVE & VIEW BLOG

sekian terima kasih. :P
selamat mencuba.


kejanggalan~

 


 merekalah sahabatku~
kwan dr sekolah rendah smpai menengah.:)
ritu km hangout bersama ke SUNWAY CARNIVAL Seberang Jaya.
rancang last minit jaa. ingat bertiga rupa2nya mmbrku ajak atikah skali.
mmg tak sangka betoi sbb km mmg dh lama lost contact lpas abeh UPSR.
maklumla dlu manada henfon nk wechat/wasap bagai an.
kiqa lam 11tahun cmtu km bepisah. akhirnya betemu jugak. :)
dan tak sangka-sangkanya mereka betiga beskirt & blouse.
byangkan aku sorang jaa yg pkai sluaq & T-shirt.
sbb sebelum2 ni mmg yg tu jea aku pkai law hangout ngn kwan.
maklumla tak reti begaya. aku jnis suka simple2 jea.
hee..aku pun menebalkan dirila. tp sumpah!
ku rasa janggal gila kot. malu malu malu gila huu.
bg org laen mst nmpk biasa tp aku. nmpk songsang~
sbb depa muslimah tp aku?haha tp xpala..
kiranya pasni kalau kluaq ngn depa aku dh tawla nk pkai apa.
insyaALLAH nnt ku cuba ubah pakaianku ke arah yg lebiy sopan.
aminnn  :)





FAKTA sains dalam SOLAT

SOLAT merujuk kepada sembahyang dalam agama islam. 
Solat terbahagi kepada solat FARDHU dan solat SUNAT
Solat FARDHU diwajibkan ke atas orang islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu.
 Solat FARDHU merupakan Rukun Islam yang keDUA dari lima Rukun Islam.
Solat FARDHU yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, 
iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak.
Sekiranya seseorang tertinggal Solat FARDHU, 
wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat QADA.
Bagi mereka yang musafir, ia merupakan rukhsah (keringanan) yang diberikan, 
dan harus bagi solat dengan menQASAR dan menJAMAKkan. 
Ini berdasarkan hadis:-
“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya 
seperti Allah membenci dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.
tetapi~
tahukah anda bahawa setiap pergerakan solat yang kita lakukan setiap hari, 
Allah SWT telah memberikan kesihatan yang cukup besar antara kita sedar atau tidak .
Gerakan solat sampai dengan salam memiliki makna yang luar biasa baik 
untuk kesehatan fisik, mental bahkan keseimbangan spiritual dan emosional. 
jom kita baca ... 

TAKBIRATUL IHRAM

* Postur
=  berdiri tegak, mengangkat kedua tangan sejajar telinga, 
lalu melipatnya di depan perut atau dada bagian bawah.
* Manfaat 
= Gerakan ini melancarkan aliran darah, getah bening (limfe) dan kekuatan otot lengan. 
Posisi jantung di bawah otak memungkinkan darah mengalir lancar ke seluruh tubuh. 
Saat mengangkat kedua tangan, otot bahu meregang 
sehingga aliran darah kaya oksigen menjadi lancar. 
 Kemudian kedua tangan didekapkan di depan perut atau dada bagian bawah. 
 Sikap ini menghindarkan dari berbagai gangguan persendian, 
khususnya pada tubuh bagian atas.

RUKUK


* Postur

= Rukuk yang sempurna ditandai tulang belakang yang lurus sehingga
 bila diletakkan segelas air di atas punggung tersebut tak akan tumpah.
 Posisi kepala lurus dengan tulang belakang.
* Manfaat
= Postur ini menjaga kesempurnaan posisi dan fungsi tulang belakang
(corpus vertebrae) sebagai penyangga tubuh dan pusat saraf.
Posisi jantung sejajar dengan otak, maka aliran darah maksima pada tubuh bagian tengah.
Tangan yang bertumpu di lutut berfungsi relaksasi bagi otot-otot bahu hingga ke bawah.
I'TIDAL

* Postur
Bangun dari rukuk, tubuh kembali tegak setelah, mengangkat kedua tangan setinggi telinga.
* Manfaat
I'tidal adalah variasi postur setelah rukuk dan sebelum sujud. 
Gerak berdiri bungkuk berdiri sujud merupakan latihan pencernaan yang baik. 
Organ organ pencernaan di dalam perut mengalami pemijatan 
dan pelonggaran secara bergantian. Kesannya, pencernaan menjadi lebih lancar.
 SUJUD
* Postur
Menungging dengan meletakkan kedua tangan, lutut, ujung kaki, dan dahi pada lantai.
* Manfaat
Posisi jantung di atas otak menyebabkan darah kaya oksigen boleh mengalir maksima ke otak. 
Aliran ini berpengaruh pada daya pikir seseorang. 
Karana itu, lakukan sujud dengan tuma'ninah, jangan tergesa gesa agar darah mencukupi kapasitasnya di otak. Postur ini juga menghindarkan gangguan wasir. Khusus bagi wanita, baik rukuk mahupun sujud memiliki manfaat luar biasa bagi kesuburan dan kesehatan organ kewanitaan.
DUDUK
 
Postur 
Duduk ada dua cara, iaitu iftirosy (tahiyyat awal) dan tawarruk (tahiyyat akhir). 
Perbezaan terletak pada posisi telapak kaki.
* Manfaat
 Saat iftirosy, kita bertumpu pada pangkal paha
yang terhubung dengan saraf nervus Ischiadius. 
Posisi ini menghindarkan nyeri pada pangkal paha yang sering 
menyebabkan penderitanya tak mampu berjalan. 
Duduk tawarruk sangat baik bagi lelaki sebab tumit menekan 
aliran kandung kemih (urethra), kelenjar kelamin lelaki (prostata) 
dan saluran vas deferens. Jika dilakukan. dengan betul, postur irfi mencegah impotensi. 
Variasi posisi telapak kaki pada iftirosy dan tawarruk menyebabkan 
seluruh otot tungkai turut meregang dan kemudian relaks kembali. 
Gerak dan tekanan harmonis inilah yang menjaga. kelenturan 
dan kekuatan organ-organ gerak kita.
 SALAM
* Gerakan
Memutar kepala ke kanan dan ke kiri secara maksimal.
* Manfaat
Postur ini merehatkan otot sekitar leher dan kepala menyempurnakan aliran darah di kepala. 
Gerakan ini mencegah sakit kepala dan menjaga kekencangan kulit wajah. 
BERIBADAH  bukan saja menyuburkan iman, 
tetapi mempercantik diri wanita luar dan dalam.